Isnin, 29 Oktober 2012

CARA MEMIKAT HATI SEORANG LELAKI ♥

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3. Berwatakan menarik (Persenoliti yang mampu mengugat hatinya).
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi mendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai solekan yang terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Agresif.
29. Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk pengenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam perbualan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kami ini terlalu baik dan sempurna.
32. Jangan perasan bahawa kamu mempunyai paras rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu.
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukanlah menjadi ukuran yang penting, tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50. Jangan terlalu mengada-ngada nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Selamat mencuba perempuan yang dekat luar sana. Termasuklah saya :D
LotsOfLove, Babyaya♥

Isnin, 20 Ogos 2012

• Hey, I'm back! :D


Assalamualaikum.
Hey ebelibadi ;)
Dah lama kan yaya tak update blog kan? Seems like dah nak masuk 6 bulan. Ish *geleng kepala* Firstly, hye mybaby bloggie *lap habuk* :D
SALAM AIDILFITRI TO EVERYONE! Rini raya yang kedua kan? So, tak terlambat lagi lah if yaya ucap 'Selamat Hari Raya' :D Ramadhan dah pergi meninggalkan kita. Hmm *sadlife* 
Kelmarin, birthday akak iteww tau. Sumpah happy! sbb ramai org dtg umah. Duit raya masyuk~ Haha *joke* 
Trial dah habis. Alhamdulillah dah score 2A. Yang lain taktahu lagi. Hee:) Tapi, takboley nak happy sangat. Sbb RealPmr is waiting. Lagi 50 hari lagi haa -.- So, yaya dah takboley online. Ibu tak kasi. Biasa, Pmr victims kan? Iteww memahami situasi iteww tau :'>
Doakan untuk yaya boley? Kita sama-sama doa eh. Thank syg:') Demi masa depan yaya, yaya kena buat yg terbaik. Lagipun parents yaya menaruh harapan yg amat tinggi. Taknak kecewakan mereka:( So, start from now, dah tade istilah online. Cuma ada study,homework,tuition,extraclass&bla3 -___- Ibu cakap tak terlambat lagi if nak ulangkaji buku2 yg form2 dulu tu. Lahaii. Yela ibu syg, nanti adik study eh *promise* ☺
To mysweet prince:- Iteww harap awk tak marah if iteww tak banyak luangkan masa bersama awak anti :( Iteww dah jarang boleh reaload. Online once a week only. Maybe kita tak boley meet until abis PMR. Sorry abiy :( Tolong doakan kejayaan untuk arling tau. Kan abiy dah ckp yg abiy nak arling berjaya demi masa depan arling:') Satu je arling nak abiy tahu, cinta arling terhadap abiy takkan pudar. Get it? *cium pipi* Arling janji, lepas PMR ni, arling luangkan masa untuk abiy macam biasa tau? *pinky promise* ♥
Capital A; Saya dah 'Give Up' dengan awak. Mohon faham! So, stop disturbing mylife:)
MyEnemy: Iteww bukan budak hingusan la wak. So, if nk mengata, teruskan lah. Iteww tak suka gaduh. Acam sial je iteww tengok. Shityoubebeyh:)

Bye mybaby bloggie, tweety & facebooky. Gonna miss you all *lap air mata* T.T
Take care yourself. 
MuchLove, Babyoyo xx

Jumaat, 6 April 2012

Fakta Tentang Perempuan Yang Lelaki Perlu Tahu :)

Assalamualaikum...
  • Perempuan benar-benar benci kalau mereka dibohongJadi, jika anda benar-benar ingin berbohong pada si dia,  pastikan bahawa anda tidak akan ditangkap. Tidak kira sama ada anda berbohong mengenai penampilannya, keserasian anda, bekas kekasih anda atau keluarganya, selagi anda rasa anda telah berbohong, hati-hati! Kerana jika anda tertangkap, tidak akan ada jalan keluar. 
  • Perempuan selalu mengambil serius perbuatan berbanding kata-kata. Jadi jika anda benar-benar ingin menawan hati si dia, lakukan sesuatu yang menunjukkan padanya bagaimana perasaan anda, bukan hanya tahu cakap kosong.
  • Salah satu fakta yang paling menarik tentang perempuan ialah mereka semua ratu drama. Ini mungkin sesuatu yang berada di luar kotak pemikiran anda, namun bersabar dan anda perlu tahu bahawa setiap perempuan akan suka menjadikan isu yang kecil itu menjadi masalah besar. Ini kerana kaum perempuan lebih cenderung menggunakan emosi berbanding akal.
  • Anda kena faham bahawa emosi kaum perempuan akan berubah apabila datang bulan. Jadi jangan terkejut bagi anda yang baru bercouple, kekasih anda tiba-tiba berubah daripada seorang yang lemah lembut namun berubah jadi hulk. Sakit der datang bulan, isi perut rasa macam ditarik-tarik... =P
  • Biasakan untuk meminta maaf, kerana sama ada anda melakukan sesuatu yang salah atau tidak, anda perlu juga meminta maaf. Perempuan sukakan lelaki yang pemaaf, dan mereka tak boleh hidup dengan lelaki yang tak tahu meminta maaf.
  • Anda kena faham bahawa bukan semua perempuan mempunyai perangai yang sama. Jadi jangan terlalu cepat membuat keputusan bahawa semua perempuan adalah sama terutama apabila anda putus cinta. Ini adalah salah satu fakta utama tentang perempuan yang perlu setiap lelaki tahu.
  • Seorang perempuan akan selalu fikir sama ada dia kelihatan gemuk. Jadi, anda kena bijak dalam berkata-kata supaya si dia tidak akan mudah tersinggung.
  • Jika anda jenis yang mudah terpikat dengan perempuan lain, jangan beritahu kepada kawan-kawan perempuan kekasih anda. Tidak kira lama atau sekejap, kekasih anda pasti akan tahu cerita tersebut.
  • Ini kerana perempuan suka bergosip. Ini adalah satu-satunya cara mereka dapat menghiburkan diri mereka sendiri ketika mereka bersama-sama dengan kawan.
  • Apabila berbincang mengenai soal hadiah, perempuan lebih menyukai sesuatu yang bermakna daripada  harganya. Ini kerana perempuan sukakan sesuatu yang ikhlas dan menunjukkan bahawa anda telah cuba menawan hati si dia dengan cara yang berbeza.
  • Jika anda berada di luar dengan kawan-kawan lelaki anda, kekasih anda akan lebih cenderung untuk menunjukkan rasa cinta dia terhadap anda untuk sehinggakan kawan-kawan anda cemburu dengan anda berdua.
  • Namun jika anda keluar bersama dengan kawan-kawan perempuan dia, anda perlu pandai menjaga tingkah laku anda. Buatkan si dia merasa bahawa dia adalah milik anda. Tetapi berhati-hati, jangan sehingga membuatkan kawan-kawannya meluat dengan tindakan anda.
  • Pastikan anda tidak lupa tarikh penting seperti hari jadinya. Hal ini amat penting bagi si dia, dan jika anda lupa, saham anda akan menurun. Jika sekali mungkin tidak mengapa, tetapi bukan untuk kali yang kedua, Jangan terkejut sekiranya si dia tidak sambut hari jadi anda atau memberi kad perpisahan pada hari jadi anda.
  • Ambil hati si dia dengan pujian. Salah satu fakta yang paling menarik tentang perempuan ialah mereka senang menjadi perhatian ramai. Berikan pujian terhadap rambutnya, matanya, pakaiannya, tubuhnya atau apa saja tentang dirinya yang membuatkan anda rasa tertarik. Dengan memberikan si dia pujian, anda telah memberikan dia semangat dan keyakinan. Ini akan membuatkan si dia sayang terhadap anda.
  • Fakta yang paling penting ialah perempuan lebih mementingkan cinta daripada perhubungan seks. Perempuan boleh hidup tanpa seks, tetapi lelaki boleh ke???

Rabu, 15 Februari 2012

I am sick of Waiting -.-

Assalamualaikum :)
Harini, saya rasa saya dah mengaku kalah sayang. Saya dah kalah. Saya dah tak boleh hadapi ni semua. Awak tahu tak saya menyesal? Saya menyesal sbb dulu sy tak jaga awk elok-elok. sy mempermainkan perasaan awak. Kan? Tapi, saya dah terima balasan dari Allah. Cukuplah semua tu. saya dah tak larat. Saya janji saya takkan ganggu awak lagi. Takkan tunggu awak lagi. Takkan :')
Saya rindu masa dulu. awak selalu berikan saya Cadbury. Best sangat taw :') Saya kenal awak dari facebook kan? Cinta muka buku :) Lastly, kita couple. 17.05.2011. Mula-mula, kita tak serius lansung. Kita ni macam kawan je dulu. Sehinggalah kawan2 saya ejek saya dgn nama awak. Dah heboh, saya cuba lah nak meet awk. Awk malu gila time nak meet saya tuu. awk pakai baju hitam and saya purple.  Time sy dah nak pulang, awk baru muncul. Time tuu, sy dah ikhtiar, saya cakap ' kalau awak taknak meet saya, kita putus jelaa ' Ahahah, senang jekan? then, awak tiba. Wonderful. mula2 yg saya pandang ialah, mata awak. Sepet  sangat. Indahnya (: Time tuu , rambut awak botak. ehehe, sy gelakkan awak xD Then, awaak merepek dekat cikgu yg botakkan rmbut awk tuu depan saya. Fuyoo, best dgr awak merepek tauu. :D
Dah masuk 8 bulan kita couple, perangai awak lain. Awak tak text sy. Sy jadi bosann -,-' Then, tibalah satu makhluk nie, yg cuba tackle saya dalam masa tuu. #Jemey* Bila sy dah bosan dgn awak, sy mintak Break. niat sy untuk ubahkan sikap saya. Tapi, awak salah anggap. Awak cakap sy mempermainkan perasaan awk. Then, awk yg mintak Clash. text yang awk hantar tuu, saya masih simpan tau :) awak selalu ungkitkan perkara ni. tapi Sebenarnya, awk yg mintak clash. Its okay laa nak cakap sy yg mintak ke ape ke :'/
Lepas 2-3 minggu kita clash, Ttibe je sy rasa sy perlukan awak :( tiap2 malam sy dengar lagu 'Luahan Hati' sampai ke airmata sy keluar. Saya menangis teresak-esak masa holiday tuu. Orang holiday nak menenangkan fikiran. tapi, awak dah hancurkan semuanya. Air mata saya tak berhenti-henti sehingga nak masuk bulan 1. Lastly, saya dapat rasa yg saya masih sayangkan awak :'| Tibanya New year, tepat pukul 12 tengah malam, awaklah orang yg kedua yg saya ucapkan 'Selamat tahun baru' . sy call awk kan? tapi, awk layan saya macam sampah. awak tak ucap pun Terima kasih. Sy redha dgn semua tu. Malam new year, orang bahagia kita derita :)
Selepas tahun baru sesi persekolahan telah bermula, masa saya pergi sekolah, mood saya kosong. tiada siapa pun di fikiran sy ni melainkan awk :'| Saya mengadu hal ni pada kawan2 saya, diorang cakap diorang cuba nk satukan kembali. Tapi, semua tu kosong. Sebab awak dah ada Gf baru. ='( harapan saya kosong dan hancur. Kebahagiaan saya, terletak di senyuman awak. tapi, senyuman awak dah jadi milik S kan? Sonow, you only just my memory. And, the only one my Ex ever. Thanks for everything. Saya tak nak taip panjang2 sbb sy dah tak tahan menangis lagi T_T Awak dah jumpa kebahagiaan awak kan? Good. Semoga berbahagia. Do your Spm with the best. Number phone tuu, sy dah tak guna dah. Sy bagi dekat cousin saya.kay? Take care mydear Ex. I miss everything about you, byee :'(

A lot of love , Kerey Busuk

Ahad, 5 Februari 2012

Happy Bornday My Little Pretay Bestie ♥

Okay, nama dia Meeya gemok! Saya sayang dia sangat2. Dia sahabat saya dari form 1 lagii. Dia bukan 'Kawan Makan Kawan' . Dia baik.Dia tak Jahatt pon. Tapi, suka buli saya ade laa. Hehe >.< Kitorang bukan jenis tukar2 kawan. Kitorang tak minat gadoh2 nie, macam budak hingusan jee -.-' Kelmarin birthday dia, sumpah Happy sangat! Mula2 nak buat suprise, tapi plan rosakk. Disebabkan meeya merajuk dengan buah hati dia. Hatdooii ~.~' Meeya dapat bear besar ghilee dari Aqem! And, nama dia wiwin ♥ Sumpah jealouss. Tapi, its okay. Saya tumpang bahagia. Thanks to Meknab, for being a Photographer. Ni koleksi2 gambar yang Meknab sempat  snap kelmarin : -

Ini bear, nama dia Wiwin :)

Ini kek, untuk meeya. *CheseOreo :)
Driver Handsome :D
Dah sampai dah Tta. Muka meeya muka baru lepas merajuk ;P
My beloved sista & Bestie ;)
Superwomen :D

Sweetkan? Ade jelly tak?
Ni kek meeya. Best woo :>
Meeya dah kena buli dahh dengan tepung! HAHA ;D
Aqem laa yang buat semua niee. Apalaa, saya pun kena jugakk. Err >.<
Sweet couple sedang beraksi. :)
Pembuli :P
Sesi memotong kek :D
Sesi penyuapan ;)
Dah siap semuanya, snapping la plak :D






 My lovely brother :*
* Dah nak balik dah nie. Peace dulu v(n_n)

K dah, itu sajee. Saya bahagia dengan mereka. Harap, allah panjangkan hubungan kitorang. Aminn ♥ 
Alotoflove, Babyaya ♥

Rabu, 25 Januari 2012

I'm Queen of Jealous :|

Sometimes, I get jealous thinking that someone else could make you Happier than i could .
I guess its my Insecurities acting up.
Because, I know i'm not The Pretties, The Smartest, or Most fun and Exciting.
But, i do know that no Matter.
 " How Hard and Long You Look; You'll Never Find Somebody that Loves you Like I DO :') "
# Take a Note : -
 Once I get jealous, thats the time I could say that I really do love that person. Jealousy is not a Sign of no Trust, but a sign of Possessivness. A sign that you're afraid that someone might steal of my Special someone away from me. Its not Sign of Immaturity . But, rather a sign of Love 
I'm jealous of the people who get can see you everyday.
P/s : Im  try to change my attitude. Oh yess? Its may take for the long time -______-''

AlotofHeart, babyaya

Sabtu, 21 Januari 2012

Tanda lelaki benar-benar Jatuh Cinta ♥

                            Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah

 Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

 1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

 2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

 3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

 4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

 5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

 6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

 7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

 8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

 9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

 10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

 11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

 12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

 13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

 14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

 15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

 16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

 17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

 18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

 19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

 20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

 21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

 22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

 23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA..


                                                                                                                   Sincerely, mekyaa